Monday, December 3, 2012

Convocation Day

Alhamdullilah. Pada 28 November yang lepas aku dan member member dah konvo! It's a graduation day! Yay! Minggu yang sangat tough sebab bersepah assignment nak kena hantar dengan test lagi tapi nak tak nak konvo tetap konvo. Hoho.

Masa hari kejadian, aku gerak dari kolej. Family pulak gerak dari rumah. Sidang konvo start pukul 7.30 pagi so sesudah Subuh je aku terus start enjin kereta *tolong percaya*. Masuk je area Shah Alam okay lagi tapi bila kat gate belakang UiTM tu mak aiii jem gila babeng! Tak bergerak kereta.

Sampai agak lambat sebab sangkut dalam jem tapi nasib baik sidang belum start lagi. Kelam kabut pakai jubah, masuk dewan, cari line nak beratur ikut nombor giliran. Moment yang aku tak boleh lupa before konvo start tu adalah jeng jeng jeng.. aku kena tahan sebab staff tu kata rambut belakang aku panjang. Deymmm. Actually tak panjang mana pun *defend diri sendiri*

So lepas rambut belakang aku dah kena tobek alter, aku pun pegi balik kat barisan. Tiba tiba semua orang dah takda. Dah masuk dalam dewan. Boleh bayangkan tak perasaan aku macam mana? Dah la dewan tu ada banyak pintu. Taktau pintu mana aku patut masuk ikut nombor giliran. Staff yang jaga tu pun asingkan aku ke dalam kelompok mereka yang datang lambat. Deymmm lagi. Aku datang awal kot.



Muka cover bengang sebab datang awal tapi kena duduk dalam kelompok orang lambat. Haih.



Nasib baik ada malaun sorang ni. Tak bosan sangat. Hahaha.



Akhirnya detik yang dinanti nantikan! Keluar gambar dan nama kat skrin yang sebesar besar alam. Satu dewan tengok. Hoho. 

Benda paling bosan ialah kena tunggu sidang konvo tu berakhir dan sorang sorang naik pentas untuk ambik skrol dengan perut yang lapar gilos *keje asyik makan je*. Aku ternanti nanti bila orang last nak naik pentas. By the way this is my first experience attending a convocation day. Kalau U lain tak sure tapi UiTM ada live band dan persembahan tradisional yang memang impressive sebagai persembahan selingan! Best gila. Nampak tak excited first time pegi konvo? Hehe.



















Bila sidang dah berakhir, semua graduan pun keluar dewan dan benda paling best bila family masing masing dah menunggu kat luar dewan. Sebakul hadiah menanti kat luar tu hihi. Dan yang terkilan sebab kelam kabut sangat sampai nak snap gambar dengan member member memang tak sempat langsung kecuali aku sempat bergambar dengan Kujam and family. Itu pun sebab kebetulan jumpa. Masa berlalu cepat sangat *alasan*







Terlepas gelaran Anugerah Naib Canselor sebab satu semester je spoil memang terkilan la bak hang tapi itu bukan penghalang nak perform masa degree ni. InsyaAllah. Thanks for all the wishes and presents. Walaupun tak berjumpa depan mata, congrats dari jauh tu pun dah cukup bermakna. Haha thanks!


Related Posts with Thumbnails
HAKCIPTA TERPELIHARA HAZIQ ZAINAL