Siapa suka minum air Mountain Dew sila angkat ketiak sekarang! Cathay Cineplex Curve ada menganjurkan contest berkaitan Mountain Dew dan anda berpeluang untuk memenangi Samsung Galaxy Tab 10.1! Woot woot. Tapi malangnya... contest tu dah tutup. Pemenang pun dah ada *terjun bangunan sekarang*
Alkisahnya ada sorang kawan aku ni masuk contest Count The Dew anjuran Cathay Cineplex ni. Kena beli combo Mountain Dew banyak banyak masa datang tengok movie then resit tu simpan. Lepas tu pulak kena kira berapa logo yang membentuk gambar botol Mountain Dew tu (rujuk poster contest di bawah). Alah kan biasa ada contest kena kira kacang dalam balang la, etc tapi ini kira logo. Haaa kau mampu? Kena submit borang dengan resit semua tu sebagai syarat. Dijadikan cerita lagi kawan aku ni guna details aku untuk masuk contest tu atas sebab tertentu. Aku pun bagi jela wat lek je. Beberapa minggu kemudian..
Aku ada received call dari seseorang. Pukul 10 pagi macam tu. Dah la tengah tidur tergagau gagau cari phone nak jawab. Dia cakap dia dari Cathay Cineplex suruh check email regarding contest tu. Then aku yang tengah mamai pun iyakan aje la. Dalam pada mamai tu terus on laptop check email. Aku menang contest tu! Hahaha tapi tu semua effort kawan aku *tak jadi melompat*
Then aku call kawan aku tu maklumkan kat dia pasal ni then dia bagitau takpe la dia just masuk suka suka je. Kalau dah menang tu memang rezeki dan dia hadiahkan aku Samsung Galaxy tab tu sebab dia kata dia sibuk kerja so tak sempat sangat nak bermanja dengan tab tu. Boleh pulak macam tu. Apa korang buat kalau jadi aku? Kalau tak excited taktau la.
Jadi 18 Jun 2012 yang jatuh pada hari Isnin aku kena datang ke Prize Giving Ceremony bertempat kat Curve sharp pukul 10.30 pagi pulak tu. Zzzzzz aku pegi sengsorang sebab takda sapa nak teman aku! Sume busy kerja. Sadis di situ. Memang terbaik la siap ambik gambar sume then orang tu suruh aku join next contest masa Ramadhan nanti. *kening kening*
Penaja utama kita untuk hari ni.
Menggigil nak bukak kotak sebab macam tak percaya.
Tak percaya jugak taktau la. Depan mata dah.
Ini la kawan aku tu. Kau la pemenang sebenar *sambil hulur tab*
Begitu la ceritanya. So rezeki Allah ni memang susah nak duga kan? Tup tup jatuh gedebuk atas riba. Alhamdullilah senyum sampai ke telinga ;)
p/s: Lepas ni kalau kawan korang nak guna details korang untuk masuk contest, jangan tak bagi pulak hihihihi.









2 , 675 suara:
Salam.
Bestnya!! Samsung Galaxy Tabs..oh tidakk... T____T memang rezeki ko Haziq..rezeki Allah bagi melalui kawan ko..Alhamdulillah ^_^
@Tinta Lana
Alhamdullilah. Sejuk baca comment kau. Haha ;)
Post a Comment