Tuesday, May 1, 2012

Kisah Seram: Episod 5

Haaaa dah lama aku tak share pasal kisah kisah seram since aku memang seorang yang suka bab mistik ni. Padahal penakut ya amat -.- Untuk episod ke 5 ni, aku nak story pasal kejadian yang berlaku kat hostel aku di UiTM Segamat. Takmau sebut kolej mana. Alah yang paling baru tuuuuu.

Cerita ni bukan la rumors sebab ramai sangat yang dah pernah nampak dan kesemua mereka adalah student perempuan termasuk la nurse yang bekerja kat dalam kampus tu. Kat kolej lain dalam kampus takda pulak jadi kes camni. Hairan di situ. Nak tau apa yang diorang nampak? Jeng jeng jeng. ORANG MINYAK! Kepada sesiapa yang masih blur apa tu orang minyak sila la google ye.


Di awal semester iaitu hujung tahun 2011 memang kecoh gila dengan cerita orang minyak ni. Antara versi yang famous orang minyak ni bertelanjang bulat (of course la manada orang minyak pakai seluar -.-), siap tunjuk kemaluan dia lagi kat budak perempuan. Hadoi memang nak kena belasah orang minyak ni.

Versi lain pulak yang aku dengar orang minyak yang berlegar legar tu sebenarnya jelmaan roh pekerja construction yang mati ketika pembinaan hostel tu akibat terjatuh dari tingkat satu. Pekerja tu tak habis 'menuntut ilmu' lagi maka menjelma la sebagai orang minyak. 



Pertengahan semester cerita orang minyak ni senyap seketika. Dah takda orang nampak. Bila je tiba hari terakhir aku kat kampus jeng jeng jeng terjadi la satu peristiwa. Dalam pukul 2-3 pagi macam tu, aku ada terima satu call dari classmate aku. A bukan nama sebenar, perempuan la yang pasti. Aku tak angkat call tu sebab tak perasan then dia call roommate aku si Kujam. Sambil menangis nangis dia cerita beberapa minit yang lalu dia ternampak orang minyak di blok depan. Masa tu si A tengah basuh mangkuk kat sinki. Dia perasan ada orang tenung dia lama gila, bila dia toleh berderau darah terpandang orang minyak tu. Masa kejadian A berada kat tingkat 2 orang minyak pulak kat ground floor. Tak sampai seminit orang minyak tu terus larikan diri.

Aku, roommates dan ada a few member lagi pun turun la ke bawah blok untuk cari orang minyak tu sebab menurut si A, orang minyak tu CONFIRM seorang manusia bukannya makhlus halus atau jelmaan. Habis sampai ke belakang blok kitaorang terjah tapi tak jumpa jugak. At last pegi la report kat guard yang jaga kat bawah blok tu. Terpaksa kejut dia dari tidur pulak tu -.- Dan operasi mencari pun dimulakan lagi sekali sampai la subuh. Conclusionnya memang tak jumpa. 



Aku harap untuk akan datang dah takda kes orang minyak ni kat kolej yang aku pernah stay tu. Risau jugak la sebab semuanya jadi kat kaum hawa. Selain manusia memang ada makhluk lain yang mendiami bumi ciptaan Allah ni jadi doa dan amalan je yang mampu menjadi pendinding diri. InsyaAllah.

6 , 675 suara:

sis92 said...

hehe kat uitm melaka pon ada lah..aritu kecoh gak konon ada benda mengintai lah apalah..sebenarnya tu orang ..n kecoh jugak pasal guna ilmu
pukau hukhuk dahlah nak exam masatu..lepastu ada kes pulak kat uitm bandaraya melaka ada student kena rogol haish macam2..duduk dalam kolej pun boleh kena macam2..apatah lagi sem depan nak kena dok luar dah huuuu

Norshafiqa Norisham said...

Lain kali tak payah letak gambar pleaseeeee.
Sebab curious sgt2 maka gagahkan lah jugak utk baca entry ni.
Tp tutup half screen dgn A4 -.-"

Haziq Zainal said...

@sis92
Oh yeke? Budak budak nakal la tu. Haha sekeh je. Huish dahsyatnya sampai ada kes rogol -.-

Haziq Zainal said...

@Norshafiqa Norisham
Mana best entry takda gambar! haha. Bayangkan haziq taip entry ni tengah malam sambil mata asyik renung je gambar tu. Seram nih ;p

shila shahila said...

eh you ni macam familiar je wakaka! btw I pun uitm segamat. tak pernah dengar pun pasal org minyak ni -.-

Haziq Zainal said...

@shila shahila
Oh yeke? Haha u kolej mana?

Related Posts with Thumbnails
HAKCIPTA TERPELIHARA HAZIQ ZAINAL