Friday, January 21, 2011

Kisah Seram: Episod 4

Woah dah lama gila tak update pasal Kisah Seram The Series ni. So aku akan sambung menyeramkan korang dengan kisah seram yang memang seram ni! Gagaga macam good good je. Okay untuk episod yang keempat ni, aku nak cerita kat korang antara kisah kisah popular kat kolej yang aku stay sekarang di UiTM Segamat ni, Kolej Sempana Riau.

Sepanjang dah nak masuk 4 sem tinggal kat kolej ni, macam macam cerita seram yang aku dengar dari senior senior. UiTM Segamat ni dibina berdekatan dengan kawasan perkuburan Cina so memang agak keras la. Lagi lagi UiTM Segamat dikelilingi dengan hutan. Ish kalau nak cerita sejarah UiTM Segamat ni memang sebulan pun tak habis wey. Nak dengar cerita/mitos seram tak kat kolej aku?



1. Cerita famous yang pertama pasal pocong. Biasa la duduk asrama/kolej kan, cerita pocong memang familiar. Kisah ni diceritakan sendiri oleh kawan aku, kejadian berlaku masa sem lepas. Woah baru lagi la tu. Jeng jeng jeng, kawan aku duduk di level 3. Bila je dia bukak pintu bilik dalam pukul 2 pagi, dia ternampak ada sepasang pocong tengah melompat lompat di sepanjang wing. Seekor besar dan seekor lagi kecik. Macam ayah dan anak. Kejadian ni tak berlaku sekali je, banyak kali kot sampai ramai orang dah perasan. Satu lagi cerita di level yang sama, ada seorang kanak kanak main lari lari di sepanjang wing. Dalam pukul 2 pagi jugak macam tu. Uish seram do. Memang tak berani aku nak naik level 3 lepas ni pukul 2 pagi.



2. Next cerita pasal mak cik jual kuih dari bilik ke bilik. Bila fikir balik, gila ke apa? Boleh pulak perempuan naik ke kolej lelaki bila waktu malam *except mak cik cleaner tu pun diorang naik kejap je. Kisah ni diceritakan sendiri oleh lecturer aku. Dia merupakan ex student UiTM Segamat so takkan la dia nak menipu kan? Bila malam menjelma je *ayat nak skema, akan ada seorang mak cik ketuk pintu bilik nak jual kuih. Bila bukak je pintu, memang pengsan la tengok muka 'mak cik' tu.

Ada lagi satu kisah benar tapi ni berlaku kat kolej perempuan. Biasa la budak budak junior akan ada sesi perkenalan dengan para seniors. Seorang senior ni mulanya saja nak kenakan si junior ni. Dia suruh si junior belikan kuih karipap kat seorang mak cik ni. Kejadian berlaku pada waktu malam. Si junior yang memang tak berani nak melawan ni pegi la terkedek kedek belikan karipap. Dalam setengah jam macam tu, si junior kembali ke bilik senior tu dan hulurkan kuih karipap yang dia teringin sangat tu. Esoknya dua dua demam sebab tak pernah ada mak cik jual karipap kat UiTM Segamat pada waktu malam!



3. Memang banyak wey cerita seram kat kolej aku. Nak dengar lagi? Okay bolehhhh, duduk diam diam. Meh aku cerita. Kisah yang ketiga ni aku dengar daripada seniors aku. Ramai kot cerita benda yang sama. Bila ingat balik memang tercabut bulu roma. Bila tiba musim study week and final exam, ramai la students yang stay up nak study. Study ke? Gagaga. Selalunya budak budak yang tidur lewat ni la kena kacau. Ada seorang budak ni tengah fokus study, tiba tiba dia dengar bunyi bising macam enjin motor semakin dekat dengan pintu bilik dia.

Kebetulan pintu bilik dia tengah terbukak luas, bila je dia toleh dia ternampak seorang pak guard berpakaian lusuh tengah naik motor sambil menjerit suruh budak tu tidur. Budak tu nak pengsan. Tergamam dia dibuatnya *okay yang ni aku tambah. Hikhik. Budak tu jenguk ke luar tingkap nak pastikan dia berada kat tingkat berapa at that time. Memang nak tercabut jantung la kan sebab tak syak lagi dia berada kat bilik dia sendiri. Level 3. Woah yang musykilnya, macam mana pak guard naik motor sampai level 3? Esoknya dia terus demam.



4. Cerita seram yang terakhir pasal toilet toilet kat kolej aku ni. Aku pun mula mula tak percaya tapi bila dah tengok dengan mata kepala sendiri, susah nak nafikan. Nak tau apa yang berlaku? Kejadian ni boleh dikatakan berlaku kat semua wing tau. Lepas je pukul 12 tengah malam, confirm akan ada satu atau dua pintu jamban yang tertutup dengan sendiri tapi takda orang kat dalam. Pintu tertutup rapat tapi tak berkunci. Pernah ada seorang budak bukak pintu yang tertutup tu dan memang dia kena kacau la dengan 'benda' tu. Disebabkan dah terbiasa sangat dengan pintu yang tertutup ni, aku pun buat biasa jela kalau masuk tandas. Tawakal tu penting kan?


Terpulang la kat korang nak percaya cerita/mitos kat atas ni. Memang ada sesetengah orang yang susah sikit nak percaya benda benda macam ni sebab diorang tak pernah alami sendiri. Tapi bagi diorang yang dah kena dan rasa, tau la macam mana kan. Kesimpulannya UiTM Segamat memang menyimpan seribu satu misteri ;)

30 , 675 suara:

Nana Liyana said...

uwaaa mnyesalnyaa tekan tgk dh takot nk g tndas pasni :'(

Lolita Appy QisQa said...

haziq, i pnh nmpk pocong tau kt tangga dining. i kt zamrud, that time sem lepas musim jerebu tu...
mula2 bnde tu xde, tbe2 i tgh bjln dpn gym zamrud... bnde tu mcm transparent muncul slow2 smbil tgh duduk kt tangga dining. OMG... dgn xsempt bernafas i trus berlari pg bilik mmbe.
tawakal... ALLAH lebey berkuasa.

Haziq Zainal said...

nana: olololo nak teman ke? gagaga

ciknabil-a said...

menyeramkan kot.. heee apa la.. :(

Fizzy M. Pietrov said...

Upin. kat 1B tu aku da stay dekat 3 sem. Every time aku pegi toilet mesti ada pintu tertutup rapat. itu benar. Aku saksikan sendiri. Ada time tu, sume pintu tertutup. jamban dan tempat mandi. waktu tu aku part2. disaksikan Bage ngan Rastro. Mencicit kitorang cabut balik bilik masing2. beware tau nak ke tandas waktu pagi2 limun, ni. heeeeeeeeee=)

Haziq Zainal said...

lolita: woah seramnya nanti I buat kisah seram episod 5 khas untuk you. gagaga. so lepas kena tu you demam tak or meracau ke?

cik nabila: takpe jangan takut. ambik wuduk sebelum tidur ;)

fizzy: haha lepas ni kalau nak pegi toilet aku ajak kau teman la okay? haha

KaSoT PuTeH said...

aku pon kne kcau gak mse pg tandas time part 3. Bnde tu kat ceiling then lmpu terpadam sndr. TS level 3B.. g la try. pkul 2 3 pg g tandas. sure kene beb!

nub said...

wahahah,pagi2 aku mai seram kot.haha

Haziq Zainal said...

kasut puteh: bapak ah. okay okay malam ni aku try. hehe. by the way aku ada dengar jugak kolej TS memang keras.

nub: alah takpa, kalau malam? hehe

Ain Syaqilla Hamid said...

bukan citer pasal karipap tu kat kolej laki ke haa? hahaha.

Anonymous said...

cerita hantu yang kau cerita memang seram. Tapi asyik antu je lama-lama boleh juga ia menjelma. Jangan nanti nak gi bilik air kau ajak aku teman. macam semester yang terdahulu.

Haziq Zainal said...

ain: kolej lelaki? not sure. tapi ni lecturer yang cerita.

anonymous: kau tak payah nak menyamar sangat la kamus. haha. malam ni kau teman aku pi toilet lagi.

anisidayu said...

alamak~ xpasal2 terbayang2 plak kt kepala..camne ni camne ni... hiks

azam baizen said...

seram2. haha

Haziq Zainal said...

anisidayu: haha tak tanggung la ;p

azam: yeke? semoga tidur kau lena la malam ni. gagaga

hans said...

seram juga entry nih
haih

Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen

six.september said...

aaaaa

gambar pocong tu aku mencik. dah la rumateku bermalam kat kolej len minggu ni. tapi aku suka cerita seram. lagi????

Haziq Zainal said...

hans: oh yeke? mana seram ngan cerita hantu kak limah? hehe

six september: lagi? kena tunggu la. hehe

bayi beriman said...

kasut putih punye cite serammm nak mamposss.!
haziq zainal : baru nak update cite ni kt blog ..cite ni baru je kawan2 kite cite kan semalam kat cafe .! tp kite ketawe je , sbb mcm klaka . tp kalau dh 10 mulut bercakap benda yg sama . benda ni betul2 berlaku kann .

Anime said...

hoooooooooooo!!!antu....gambo pocong tu tkot giler!!!mcm nk trcbut jntng..btw ak nk tmbh cikit kisah seram ko nie, kalo kt toilet sorang2 rse mcm ade org prhati jek..tkot!!!

Haziq Zainal said...

@bayi beriman
yelahhh sapa suruh tak percaya. cerita ni memang menjadi sebutan la

Haziq Zainal said...

@Anime
Haha padan muka! ;p
Alah tu perasaan kau je kot...

♥diary azni♥ said...

best la.. crite la lg.. nk bnyk2

Haziq Zainal said...

@♥diary azni♥
Tengah kumpul bahan untuk episod 5. Harap bersabar, muahaha

An Najwa said...

perghhh meremang bulu roma...nasib baik baca time ptg2 cenggini, kalau bc malam elak terbayang benda tu tido kat sebelah jekkkk...~pic pocong tu len kali ltk lagi beso ea...keh3~

Haziq Zainal said...

@An Najwa
Haha kalau baca time malam pun apa salahnya. Okay akan dipertimbangkan ;D

kefie said...

pernah nampak pocong kat pokok besar bawah sr. sangat menakutkan

Haziq Zainal said...

@kefie
Oh yeke? Serious? Bila?

tam said...

Tahyul.kakaka

tam said...

Tahyul.kakaka

Related Posts with Thumbnails
HAKCIPTA TERPELIHARA HAZIQ ZAINAL