Thursday, December 16, 2010

Si Kura Kura

Oh bestnya dapat bangun tidur lambat masa cuti sem ni! Tidur lambat bangun pun lambat. Dah tengah hari baru nak sedar diri. Uish seronok gila macam ni, kalau dah masuk kampus balik nanti harapan ah nak bangun lambat. Tak heaven langsung.

Nama je cuti semester sekarang ni tapi actually beberapa hari yang lepas aku terpaksa dan dipaksa untuk menerima satu assignment yang memang aku malas nak buat! Aduhhh bosan gila. Masa cuti sem pun nak semakkan kepala otak aku dengan assignment. Tapi assginment ni tak payah nak taip guna laptop, tak payah nak print, tak payah nak binding. Senang je. Haihh senang tak senang jugak la brader. Lu tau ka macam mana mau jaga itu kura kura? Hikhik kan dah melopong.

Sebagai seorang yang memang tak mesra binatang, aku ni memang tak reti wey nak bela membela binatang peliharaan dan yang sewaktu dengannya. Nak dijadikan cerita baru baru ni kakak aku Anis balik ke kampung sebelah abang ipar aku di Kelantan. Tapi apa yang melecehkan bukan pasal dia balik Kelantan atau pun kedekut nak belikan aku budu kat sana tapi aku diamanahkan untuk menjaga kura kura peliharaan dia selama dia kat Kelantan! Woah tercabut jantung kejap.

Nak tengok macam mana aku uruskan kura kura ni? Aku pun taktau apa yang aku buat ni wey tapi selagi kura kura ni hidup maka selamat la aku. Hikhik.



Mula mula kita skodeng dulu kura kura ni. Main cak cak dengan dia. Cuba tengok air macam kotor je kan? Yelah air memang perlu ditukar setiap hari. Busuk tak payah cerita la wey. Aku siap pakai mask lagi.



Tanya la khabar dia, sihat ke tak, dah makan ubat ke belum. Ehh merepek je kerja.



Kesian aku tengok kura kura ni. Maybe dia nak bertukar jadi Putera Katak kot macam kat TV3 tu. Hikhik.



Okay jangan buang masa! Cepat tuang air kotor dalam sinki.



Sabaq sat kura kura. Nak tukaq ayaq la ni. Hang bertahan na.



Lepas tab dah kosong, cuci la sebersih mungkin. Lepas tu boleh la bermesra dengan kura kura kejap kalau nak.



Woah tangan raksasa! Confirm kura kura ni cuak tengok tangan aku.



Jangan la biarkan kura kura lama sangat tanpa air. Karang kalau mampus jiran korang nak jawab ke? *marah ni. Sambil tu isi air baru dalam tab ya tuan tuan dan puan puan.



Yeahhh makanan untuk kura kura. Aku pun taktau apakebendatah nama makanan ni tapi boleh la dapatkan di pet shop yang berdekatan dengan anda.



Kepada yang ada sakit buah pinggang, kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung, jangan pi telan pulak makanan kura kura ni. Karang hangpa bertukaq jadi Ninja Turtle cheq taktau na.



Cuma beberapa biji je sehari untuk kura kura. Jangan bagi banyak, tak baik membazir. Kura kura tak makan banyak mana pun.



Kalau makanan kura kura habis, hangpa jangan pi tuang nasi goreng cina pulak dalam ni. Tuang la tomyam ke, laksa Johor ke. InsyaAllah kura kura akan kekenyangan selama 1 tahun 6 bulan.



Lepas dah tuang makanan, tutup la tab dengan cover.



Biarkan kura kura bersemayam dengan aman. Letakkan tab di tempat yang selamat.


Cukup clear tak cara cara menjaga kura kura kat atas ni? So lepas ni boleh la bela kura kura okay. Ikut je cara yang aku ajar ni nescaya kura kura anda akan cepat membesar seperti juara! Hikhik. Adios!


28 , 675 suara:

Ain Zulaikha said...

ajid nak tau tak, hari tu ain igt lagi masa tu form 5 kot.. nak beli kura2.. lepas tu mak long and mak kata, tak leh, sebab kura2 kalau gigit dia tak kan lepas sampai lah bunyi guruh atau petir, betul ke ? T_T

hahaha, kalau letak nasi goreng cina, mmg kura2 tu terus menggemukkan diri agaknya kan?

Afiq said...

haha kire ko cuti ni jd Master kpd kure2 la ea. great. hahaha

Asyraf Azmy said...

wah, tutorial lain drpd yang lain :O

nadiah izahar said...

memang patowt lah pkai mask sebab bau dye memg tak tertahan jugak. haha.

cangkerang kura kura jangan lupe bagi berkilat skit. haha.

btw, padan muke haha dapat hadiah dari sister. haha.

Azam Shah said...

aihh tortoise sgt comell.
teringin dow bela kekura ni :)

Iqa said...

kura2 is stil kura2 la ajid. lagenda lah klau tukar jd katak~
lpas lulus jge kura2 bole jge baby plak kan~

Tazmerize said...

nice :)
kura2 da ade..tggal arnab je

Adila Amalyna said...

Haha hoi hoi. Dah jadi penjaga haiwan sekarang. Jaga leklok wehh, buat macam anak sendiri ;)

Haziq Zainal said...

Ain: kalau dia taknak lepaskan gigitan, ngap je terus. Hikhik

Afiq: Yeahh aku master la, kura kura ni baru diploma je ;p

Asyraf: haha tersangat la lain daripada yang lain. Memang lain betul kalau seharian jaga kura kura.

Haziq Zainal said...

Nadiah: Cengkerang dia gosok guna pengilat kasut kot. hebat tak? hikhik

Azam: Teringin? Ambik la free wey. Nanti aku deliver kura kura ni kat rumah kau. Gagaga.

Iqa: Ni mesti suka tengok tv3 ni. Haha. Kalau jaga baby nanti nak kena buat entry lain pulak ;p

Tazmerize: Arnab? Nak aku tak keluar rumah sebulan ke apa? Haha

Amoi: Dapat pulak. Aku hantar kura kura ni pos laju kat perak. Biar kau pulak yang jaga dengan anak buah kau ;p

Cik Ila said...

ishh..dalam byk2 benda..kura2 jugak yg dibelanya..ish3..

Sophie Al-yahya said...

cantik lah kura-kura ni...eh ke gambar yg awk tangkap yg cantik eh? dulu ade bela juga kura2.letak dlm kolam.lepas tu dia hilang..huhu..

Haziq Zainal said...

Cik Ila: dah takdir nak buat macam mana. Gagaga

Sophie: dua dua kot cantik. hilang? diculik bunian kot? ;p

Izz Azizs said...

Kedengaran seperti seorang hero kura-kura :D

DibaHadzim said...

haziq,knpe die ade sekor je ? tak best lahh . bagi lah die partner . diba nye dah besar gile2 tau . smpai kne ltk die kt tmpt laen . sbb dah besar sgt . macam giant pon ade jugak . heh

Haziq Zainal said...

Izz: Ish takdak hero lain yang lebih senonoh ka daripada kura kura? Hikhik

Diba: Haha takmau la bagi dia partner. Biar dia kesepian, karang kalau letak kura kura yang oppsite sex ngan dia, bertambah pulak anak kura kura. Haha

fiza said...

fiza pun ad kura2 jantan n betina tp yg betina x mbsar kenapa eak???

Anonymous said...

hye...tetibe jew tertarik nak bg commnt kat c ni...xtually i also got 1 kure2...his name is BALI...baru je 3 bulan bela..he2..xtau sgt pasl kure2, just try2...nak share 2 jew...tq!!!

Haziq Zainal said...

@fiza
Tak cukup makan kot. Ataupun selalu yang jantan habiskan makanan dia. Tu yang tak dapat makan tu ;p

Haziq Zainal said...

@Anonymous
Okay takpe. Mesti sihat membesar seperti juara kan lepas baca cara2 penjagaan kura2 kat entry ni? ;p

Anonymous said...

saya ade bela kura kura jugak.....tapi knp kura kura ni guna air paip....saya punya kura kura guna air semula jadi????kalau saya bubuh air paip nanti kura kura saya buta......dan x nak mkn....

Haziq Zainal said...

@Anonymous
Takpe kura kura bukannya tau air paip ke air semulajadi ke, yang penting kita bagi dia makan and handle with care ;)

Anonymous said...

sy tertarik la ngn tips nim..sy br jer bela kekura..tp knp kekura sy asik tdo jer...pastuh diaorg xnk makan...nk tnya bg makan bper kali sari ek???

Haziq Zainal said...

@Anonymous
Kura kura jenis yang manja la tu, asyik nak tido je. Haha. 3 kali sehari, baru la gemuk ;D

Anonymous said...

nape bekas die kecik sgt..kecian aku tgk die duk tmpt yg kecik..

Haziq Zainal said...

Kecik ke? Suitable kot sebab dia seekor je. Buat apa nak yang besar besar kan? Haha.

si robot comel said...

kura-kura tu feveret kita,wahhh

Haziq Zainal said...

@si robot comel
Yeke? Mesti ada bela kan?

Related Posts with Thumbnails
HAKCIPTA TERPELIHARA HAZIQ ZAINAL