Saturday, March 2, 2013

Big 20!

Hey guess what! Sunway Lagoon akan menjual tiket (accessible to all parks) dengan harga RM20 (pengsan sekarang) pada setiap 20hb sehingga bulan Mac. Promotion Big 20 ni bukan selalu ada baq hang. Ini sempena anniversary Sunway Lagoon yang ke 20! 


So disebabkan cuti sem ni aku hanya duduk rumah membesarkan perut yang sedia besar ni aku pun sempat ke Sunway Lagoon 20 Feb yang lepas. Hihi. Bayangkan last aku pegi Sunway Lagoon masa umur 5-6 tahun kot. K.. Bayangkan excited dia tu macam mana. 

Satu benda yang perlu diingat, tiket RM20 hanya dijual kepada 1000 pengunjung terawal. Macam macam strategi aku dok pikiaq nak dapat harga promo ni. Antaranya nak beratur dari pukul 12 tengah malam, nak gerak dari rumah sesudah subuh (which is IMPOSSIBLE) dan nak melutut kat pekerja kaunter kalau tiket promo habis. 


Alhamdulillah aku dapat jugak tiket promo. Hihi itu pun sebab kawan aku Yana bagitau kaunter tiket mula dibuka start pukul 12 tengah malam on that promo day. Apa lagi shoot terus ke Sunway Lagoon semata mata nak grab tiket promo *punya excited*.


Dapat je wristband terus staff sana pakaikan kat tangan. Punya terkejut aku. Takkan aku nak tidur dengan pakai benda alah tu? Jawapannya memang ya! Aku tak boleh tanggal wristband tu selagi tak masuk Sunway Lagoon. Punya la rimas pakai wristband tu.






Bila dah dapat tiket awal ni nak datang pukul berapa pun tak kisah. Dan ditakdirkan manusia ramai sangat masa hari tu. Masa banyak dihabiskan dengan menunggu je untuk setiap satu game tu. Rumah hantu/Scream Park memang terbaik! Bayangkan 20 minit kat dalam tu memang boleh kena sakit jantung. Kena kejar dengan zombi dah macam Walking Dead. Honestly itu adalah rumah hantu terbaik pernah aku masuk!


Extreme Park, Pawagam 5D dengan game ala ala Pirate Ship (lupa nama) tu pun terbaik. Macam tak cukup je satu hari kat dalam Sunway Lagoon tu. Haha. Bila perut terasa lapar, badan terasa penat baru teringat nak balik. For more info boleh terus refer Facebook Sunway Lagoon. Jangan lepaskan peluang untuk berjimba kat Sunway Lagoon sementara promotion still running! Adios.


Related Posts with Thumbnails
HAKCIPTA TERPELIHARA HAZIQ ZAINAL